• PENGENALAN

    Zon ini telah memulakan operasinya pada 3 Januari 2010 dengan nama MKM Wilayah Utara. Bangunan empat tingkat milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad dijadikan penempatan pejabat, bilik kuliah dan makmal komputer bagi program-program yang dianjurkan.


    FUNGSI

    MKM Zon Utara menjalankan kursus-kursus jangka pendek bagi zon utara merangkumi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.

    Program dan kursus yang dianjurkan oleh MKM Zon Utara merangkumi bidang Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Konsultasi Koperasi, Perakaunan dan Kewangan, Pentadbiran Perundangan dan Kepimpinan Koperasi serta Seminar dan Bicara Profesional.

    Sebagai nadi minda utara, MKM Zon Utara komited kepada kecemerlangan latihan dan pendidikan koperasi bagi melahirkan warga koperasi yang berilmu pengetahuan dalam menjana kecemerlangan koperasi.

    Senarai program latihan Zon Utara tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Zon.

     

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

    Zon Utara
    Maktab Koperasi Malaysia
    No. 1515, Wisma KGMKB, Jalan Tunku Ibrahim
    05000 Alor Setar, Kedah

    No. Tel : 04-733 7527, 04-733 7630
    No. Faks : 04-733 7532
    Emel : mkmcutara[@]mkm.edu.my

  • ZON UTARA