• PENGENALAN

    MKM Zon Timur mula beroperasi pada 9 Ogos 2009 di Jalan Kerayong 4, Bandar Bera, Pahang.

    Demi menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang lebih kondusif, efektif dan mesra pelanggan, selari dengan fungsi MKM untuk membangun dan mengembangkan latihan serta pendidikan koperasi di negara ini, mulai 25 Jun 2015, MKM Zon Timur beroperasi di Kompleks Inkubator, Indera Mahkota 14, Kuantan, Pahang.

     

    FUNGSI

    Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur (MKMZT) bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan modal insan dalam gerakan koperasi menerusi latihan, pendidikan dan perkhidmatan dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi sama ada di pedalaman atau di bandar bagi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan sebahagian Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan Pahang.

    MKMZT menawarkan pelbagai jenis kursus jangka pendek terdiri daripada bidang Pentadbiran dan Perundangan Koperasi, Perakaunan dan Kewangan Koperasi, Pengurusan Perniagaan dan Teknologi Maklumat. Selain itu, MKMZT juga mengadakan program wacana ilmu seperti bicara profesional, seminar dan konvensyen. Di samping itu juga, MKMZT turut memberi khidmat nasihat dan konsultansi kepada gerakan koperasi.

    Senarai program latihan Zon Tengah tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Zon.

     

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

    Zon Timur
    Maktab Koperasi Malaysia
    Kompleks Inkubator
    Indera Mahkota 14
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
    No. Tel: 09-5732449
    No. Faks: 09-5732450
    Emel: mkmctimur[@]mkm.edu.my

  •  

    ZON-TIMUR-01