• PENGENALAN

    Maktab Koperasi Malaysia telah melebarkan sayapnya ke negeri Johor Darul Takzim dan ia merupakan cawangan ke-4 selepas negeri Sabah, Sarawak dan Zon Timur. MKM Zon Selatan (MKMZS) dirasmikan pada 1 Februari 2010.

     FUNGSI

    MKMCS menggalas tanggungjawab memberikan latihan kursus jangka pendek kepada koperator di negeri Johor dan Melaka. Penubuhan MKMCS dapat memudahkan koperator-koperator, khususnya dari bahagian selatan Malaysia, menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh MKM. Selain kursus jangka pendek, MKMCS juga berperanan memberi khidmat nasihat dan konsultasi percuma kepada koperator-koperator yang memerlukan.

    Senarai program latihan Zon Selatan tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Zon.

     HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:


    Zon Selatan
    Maktab Koperasi Malaysia
    Tingkat 1, Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby
    80000 Johor Bahru, Johor
    Tel: 07-226 2119
    Faks: 07-226 2125
    emel: mkmcselatan[@]mkm.edu.my

     

  • carta organisasi

  • Di MKMZS, terdapat kemudahan makmal komputer yang menempatkan 30 buah komputer, bilik khidmat nasihat, bilik mesyuarat, perpustakaan mini, surau, tandas dan lif. Bagi kursus-kursus selain kursus komputer, kemudahan pembelajaran diadakan di hotel yang dikenal pasti sekitar Johor Bahru dan penginapan juga disediakan di hotel tersebut. Selain Johor, MKMZS juga meliputi Melaka dan Negeri Sembilan.