• PENGENALAN

    MKM Zon Sarawak ditubuhkan di bandar raya Kuching pada bulan September 1998 dan berpejabat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Satok, atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian dalam kalangan koperator-koperator di Sarawak.
    Pada tahun 2001, MKM Zon Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Sejak itu, MKM Zon Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian dan relevan kepada gerakan koperasi di seluruh negeri Sarawak selaras dengan perkembangan semasa.
    Pada bulan Oktober 2006, MKM Zon Sarawak telah berpindah sekali lagi ke bangunan baru, iaitu Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching. Perpindahan ke bangunan baru ini memberi lebih keselesaan kepada koperator-koperator yang datang berkursus di MKM Zon Sarawak.

    FUNGSI

    Selain melaksanakan kursus, Zon Sarawak juga berperanan memberikan khidmat nasihat, membangunkan kajian kes, menghasilkan penulisan dan juga penyelidikan yang berkaitan dengan bidang perkoperasian.

    Senarai program latihan Zon Sarawak tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Zon.

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:


    Zon Sarawak
    Maktab Koperasi Malaysia
    Bangunan Rugayah, Jalan Song Thian Cheok
    93100 Kuching, Sarawak
    Tel : 082-230 409
    Faks : 082-230 405
    E-mel : mkmsarawak[@]mkm.edu.my

  • ZON-SARAWAK-01