• PENGENALAN

    Maktab Koperasi Malaysia mula bertapak di Sabah pada bulan Jun 1997 dan pada ketika itu beroperasi di Tingkat 3, Bangunan MCIS, Kompleks SEDCO, Jalan Albert Kwok, Kota Kinabalu. Pada akhir bulan Julai 2001, MKM Cawangan Sabah telah berpindah ke pejabat baru di Tingkat 5, Menara MAA, Lorong 6 Api-Api 1, Kota Kinabalu. Kampus baru yang disewa secara bulanan ini menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif bagi kegunaan program latihan dan pendidikan kepada para koperator di negeri Sabah.
    Penubuhan MKM Zon Sabah merupakan satu langkah yang positif bagi mengembangkan lagi peranan MKM sebagai sebuah institusi latihan koperasi yang terunggul di Malaysia.

     

    FUNGSI

    • Mengadakan kursus pengajian koperasi;
    • Mencetak dan menyiarkan buku-buku mengenai koperasi atau yang berkaitan; dan
    • Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi.

    Senarai program latihan Zon Sabah tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Zon.

     

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:


    Zon Sabah
    Maktab Koperasi Malaysia
    Tingkat 5, Menara MAA,
    Lorong 6 Api-Api 1, Kota Kinabalu
    88000, Sabah.
    Tel. : 088-240 812
    Faks : 088-241 802
    E-mel : mkmsabah[@]mkm.edu.my

  • ZON-SABAH-01