Facebook Rasmi SPP Klik untuk ke Facebook Rasmi SPP

PENGENALAN

Sektor pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu daripada enam (6) bidang keberhasilan yang diperkenalkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020). Ia dilihat sebagai salah satu sektor yang dapat memberikan pulangan kepada perolehan sektor koperasi sebanyak RM50 bilion pada tahun 2020. Sehubungan itu, Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat DKN dalam menjana ekonomi dan pendapatan sektor koperasi menerusi penglibatan dalam bidang pemborongan dan peruncitan di samping membantu kerajaan menstabilkan harga barangan keperluan dan bekalan khusus di kawasan pekan kecil dan pedalaman.

 

FUNGSI

Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM sentiasa progresif dalam menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kehendak dan keperluan semasa serta praktikal di bawah bidang ini seperti:

  1. memberi pendedahan kepada koperasi tentang perniagaan pemborongan dan peruncitan
  2. mengenal pasti jenis perniagaan pemborongan dan peruncitan yang diceburi
  3. mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan pemborongan dan peruncitan dalam koperasi
  4. mengukuhkan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang diceburi oleh koperasi


Peranan utama Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM ialah melatih dan membimbing Anggota Lembaga Koperasi (ALK), tenaga kerja koperasi, para pegawai yang menyelia koperasi atau individu yang berminat dalam bidang berkaitan pemborongan dan peruncitan. Dalam merangka kursus-kursus yang bermanfaat, Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM sentiasa bersikap proaktif dan terbuka terhadap isu dan perkembangan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya agar seiring dengan era globalisasi masa kini.


Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM turut memberikan konsultasi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah bidang ini seperti pasar raya, kedai runcit, dobi, stesen minyak, dan francais.


Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM juga terlibat dengan tailor made course atau knowledge-based activities bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA atau agensi-agensi kerajaan dan pihak kementerian di bawah bidang yang sama. Permodalan Nasional Berhad (PNS) merupakan salah satu contoh agensi yang telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan MKM melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM dalam memberikan pendedahan berkaitan sistem perniagaan secara francais bagi menjamin kelangsungan produk koperasi di pasaran secara sistematik dan profesional.


Sektor Pemborongan dan Peruncitan MKM turut menghasilkan penulisan berkaitan penyelidikan, kajian kes, jurnal dan sebagainya untuk diguna pakai dalam model simulasi sekaligus meningkatkan kompetensi dan tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan akademik dan juga koperasi sebagai panduan dalam menguruskan koperasi dengan lebih cekap.

Senarai program latihan Pemborongan dan Peruncitan tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Sektor.

 

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:


Sektor Pemborongan dan Peruncitan
Maktab Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer
46700 Petaling Jaya
Selangor
No. Tel : 03-7964 9066
No. Faks : 03-7954 3957
Emel : peruncitan[@]mkm.edu.my