SEKTOR PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN

  • PENGENALAN

    Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan merupakan sektor baru yang telah diwujudkan di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bermula Januari 2016. Visi Sektor ini adalah untuk menjadi pusat pembelajaran pilihan koperasi dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Selaras dengan itu, misi Sektor ini adalah menyediakan program latihan yang berkualiti dan efektif dalam sektor tersebut.

    Sektor ini menawarkan kursus yang tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu Pelancongan, Penjagaan diri dan Kesihatan. Kursus yang ditawarkan seperti kursus Persediaan Koperasi Sebagai Usahawan Pelancongan/Usahawan Spa/Usahawan Farmasi, Potensi Perniagaan Homestay (Asas), Pengurusan Perniagaan Homestay (Lanjutan), Penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Aturan Aktiviti Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Penyediaan Pakej Pelancongan Dalam dan Luar Negara, Penyediaan Kertas Kerja Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) Aktiviti Pelancongan, Penjagaan diri dan Kesihatan, Kursus Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin Untuk Industri Pelancongan, Teknik Rawatan Urutan Tradisional dan lain-lain lagi.

    FUNGSI

    1. Menyedia, menawar dan mengadakan kursus/program yang berkaitan dengan Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
    2. Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi yang terlibat dengan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
    3. Menyumbang artikel ilmiah untuk terbitan MKM.

    Senarai program latihan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Sektor

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

    Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
    Maktab Koperasi Malaysia
    103, Jalan Templer
    46700 Petaling Jaya
    Selangor
    No. Tel : 03-7964 9068
    No. Faks : 03-7954 3957
    Emel : pelancongan[@]mkm.edu.my 

  • Chart Pelancongan-011