Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi

  • PENGENALAN

    Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT) menyediakan latihan berasaskan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi terkini kepada masyarakat khususnya warga koperasi. Selaras dengan itu, Pusat ICT menawarkan kursus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini dalam usaha menggalakkan pembudayaan ICT dalam tugasan harian untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.


    Pusat ICT menawarkan latihan yang berkaitan pengetahuan asas ICT, penggunaan aplikasi-aplikasi pengurusan pejabat seperti pemprosesan teks, lembaran elektronik, persembahan dan aplikasi pengurusan pejabat secara dalam talian (online) dengan penyediaan bentuk latihan yang dipermudahkan. Selain itu, kursus-kursus berkaitan multimedia juga ditawarkan seperti kursus pembangunan video dan penyedia bahan penerbitan. Dengan penawaran kursus-kursus ini, diharapkan latihan teknikal secara formal ini akan dapat membolehkan para peserta mendapat kemahiran dalam bidang ICT dan seterusnya melahirkan warga kerja yang berpengetahuan, berdaya saing, peka terhadap perkembangan dan trampil dalam bidang ICT, bagi menyumbang kepada kemajuan pembangunan koperasi dan negara.

     

    FUNGSI

    • Mengadakan kursus berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kursus-kursus yang bersesuaian.
    • Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi.
    • Menyumbangkan artikel ilmiah untuk terbitan MKM.


    Senarai program latihan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi  tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Pusat.

     

    HUBUNGI KAMI

     

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

    Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    Maktab Koperasi Malaysia
    103, Jalan Templer
    46700 Petaling Jaya
    Selangor
    No. Tel : 03-7964 9170
    No. Faks : 03-7954 3957
    Emel : ict[@]mkm.edu.my

  • TEKNOLOGI-MAKLUMAT