Pusat Penyelidikan & Konsultasi

  • PENGENALAN

    Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bertujuan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan konsultasi serta menjadikannya sebagai satu budaya yang berterusan dalam kalangan warga akademik MKM. Melalui kegiatan penyelidikan dan konsultasi ini, Pegawai Latihan MKM dapat meningkatkan pengetahuan dan mendalami ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang menjadi rujukan gerakan koperasi di Malaysia. CRC juga memainkan peranan aktif bagi menghasilkan bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai bentuk dan menyebarluaskan maklumat yang berkaitan untuk gerakan koperasi. CRC bertanggungjawab menguruskan bahan penerbitan MKM seperti Malaysia Journal Of Cooperative Studies (MJCS) , Dimensi Koop, Buku Kisah Kejayaan Koperasi dan Monograf Penyelidikan.

    Bermula tahun 2014 hingga sekarang, CRC menawarkan kursus jangka pendek yang berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan dan konsultasi seperti Kursus Analisis Menggunakan SPSS , Bengkel Pembangunan Soal Selidik, Bengkel Penulisan Artikel dan Laporan Tahunan.

    Senarai program latihan Pusat Penyelidikan dan Konsultasi tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Pusat.

     

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

    Pusat Penyelidikan dan Konsultasi
    Maktab Koperasi Malaysia
    103, Jalan Templer
    46700 Petaling Jaya
    Selangor
    No. Tel : 03-7964 9175
    No. Faks : 03-7954 3957
    Emel :crc[@]mkm.edu.my

  • PENYELIDIKAN-DAN-KONSULTASI