Pusat Dasar Antarabangsa

  • PENGENALAN

    Pusat ini berperanan memberi penekanan dan galakan terhadap sebarang dasar Kerajaan yang berkaitan dengan program latihan dan pendidikan koperasi agar dapat diterapkan dalam gerakan koperasi Malaysia termasuk perhubungan koperasi di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama Pusat ini bertanggungjawab untuk membangunkan dan menyelaras jalinan kerjasama antara gerakan koperasi dalam dan luar negara.

    Selain itu, Pusat ini juga berperanan dalam merancang, merangka dan menyelaras program-program di peringkat antarabangsa selain kursus jangka pendek dalam negara.

    Pusat ini bertindak selaku Sekretariat bagi program sangkutan/ICA untuk menghantar pegawai–pegawai ke luar negara, selain menjadi Sekretariat bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) atau lebih dikenali sebagai MTCP. Selain itu Pusat Dasar & Antarabangsa juga menguruskan lawatan delegasi antarabangsa ke MKM.

     

    FUNGSI 

    1. Menggalakkan pelaksanaan sebarang dasar oleh Kerajaan terhadap gerakan koperasi Malaysia

    2. Membina dan menyelaras jalinan kerjasama antara gerakan koperasi Malaysia dengan gerakan koperasi negara luar dalam aktiviti berasaskan pengetahuan diperingkat;

    a. Antarabangsa

    b. Dalam Negara

    3. Merancang dan menyelaras program-program latihan luar negara bagi staf akademik di peringkat antarabangsa

    4. Pembangunan latihan luar negara gerakan koperasi melalui:

    a. Program Hub 

    b. Program Latihan di Institusi Koperasi

    5. Mengendali kursus jangka pendek dan program seminar

    Senarai program latihan Pusat Dasar & Antarabangsa tahun 2017, cara memohon dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal MKM di menu Program > Kursus Jangka Pendek > Pusat.

     

    HUBUNGI KAMI

    Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

    Pusat Dasar dan Antarabangsa
    Maktab Koperasi Malaysia
    103, Jalan Templer
    46700 Petaling Jaya
    Selangor
    No. Tel : 03-7964 9053
    No. Faks : 03-7954 3957
    Emel : cpi[@]mkm.edu.my

     

  • Dasar-Antarabangsa