• Maktab Koperasi Malaysia (MKM) ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh MKM kepada koperasi dan koperator. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan eleman setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan, Aturan dan lain-lain peraturan. Pendekatan Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat ialah membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedahkaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa. Selain itu, Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan salah satu fungsi yang telah ditetapkan dalam Akta MKM dan perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini.