Pengenalan

Pusat Pengurusan Perniagaan atau singkatannya PPP, Institut Koperasi Malaysia, telah diwujudkan pada tahun 2018. Ia bertujuan bagi menjalankan dan melaksanakan program serta latihan dalam aspek perniagaan terutamanya kepada sektor koperasi di negara ini. PPP mempunyai kakitangan seramai lapan (8) orang di mana daripada jumlah tersebut terdiri seorang Pengarah PPP, seorang Pegawai Latihan Kanan, lima (5) orang Pegawai Latihan dan turut dibantu dengan seorang Setiausaha Kursus.

Penyertaan peserta bagi mengikuti sebarang program atau latihan di bawah Pusat Pengurusan Perniagaan, adalah terbuka kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), Jawatankuasa Kecil Koperasi, Pengurusan Koperasi, Pegawai / Agensi yang menyelia koperasi, Anggota Koperasi serta Individu yang berminat.

Fungsi

Pusat ini menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang terdiri daripada kursus Pengurusan Strategik yang mana merupakan salah satu syarat wajib kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan juga kursus dalam bidang perniagaan.

Bagi membekalkan ilmu pengetahuan yang secukupnya kepada warga koperator dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pelbagai program serta latihan yang telah dirangka bagi memantapkan lagi modal insan koperasi di negara ini. Berikut adalah senarai program serta latihan bagi tahun 2020 yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Perniagaan :

  • Pengurusan Strategik;
  • Asas Keusahawanan Koperasi;
  • Pengurusan Acara Yang Efektif;
  • Pengurusan Perubahan;
  • Pengucapan Awam;
  • Pengurusan Rekod dan Fail Yang Efektif;
  • Urus Sumber Manusia Secara Efektif;
  • Pengacaraan Majlis;
  • Pengurusan Stress;
  • Kemahiran Perundingan Perniagaan;
  • Pemasaran Yang Efektif;
  • Piawaian Prosedur Operasi (SOP) Aktiviti Perniagaan;
  • Kanvas Model Perniagaan (BMC);
  • Kertas Kerja Rancangan Perniagaan;
  • Bicara Ilmu;
  • Konvensyen;

Senarai Kursus

JADUAL PROGRAM PUSAT PENGURUSAN PERNIAGAAN BAGI TAHUN 2020 page 001 Copy

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah :
Pusat Pengurusan Perniagaan (PPP)
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Telefon : 03-7964 9043
No. Faks : 03-7957 9076

Facebook Rasmi

Pusat Pengurusan Perniagaan