Kekosongan terbuka kepada pegawai yang sedang menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 apabila telah melepasi syarat berikut:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan ; dan
(d) diperaku oleh Ketua Perkhidmatan.
Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan melayari Laman Web MKM di http://www.mkm.edu.my untuk mendapatkan borang permohonan.
b) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 05 Februari 2010.
d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada :
PENGARAH MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER 46700 PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN