Mengenai "Pendapat Anda"

Inisiatif yang telah disediakan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi menggalakkan anda sebagai rakyat Malaysia untuk menyumbangkan sebarang idea dan cadangan bagi membantu meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MKM.

Percambahan idea bernas yang terhasil melaluinya boleh diketengahkan bagi membantu merangka polisi dan dasar-dasar pembangunan yang khusus bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan umum serta setiap pihak berkepentingan di dalam sektor koperasi khususnya.

Mekanisma Pelaksanaan

Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan adalah:

  1. Borang Kajian Kepuasan Pelanggan - Saluran input maklumbalas dan cadangan berkaitan Sektor Pembangunan Koperasi Bagi Pelaksanaan TN50 KPDNKK.
  2. Sistem Pengurusan Pelanggan Maktab Koperasi Malaysia  - Saluran input pertanyaan, maklumbalas dan cadangan mengenai Perkhidmatan Maktab Koperasi Malaysia, dan Aduan mengenai koperasi

Konsultasi Bagi Mendapatkan Pandangan Umum 

Tempoh KonsultasiSasaran Peserta ButiranStatus
1 Ogos 2017 - 31 Disember 2017 Orang Awam, Koperator Maklumbalas berkaitan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan Kaunter MKM (Kampus Induk Petaling Jaya) Masih berjalan