Berpaksikan “Menerajui kecemerlangan dalam latihan dan pendidikan koperasi” MKM telah melebarkan empayarnya di negeri jelapang padi, Negeri Kedah Darul Aman. Cawangan ini telah memulakan operasinya pada 3 Januari 2010. Bermula tanggal tersebut, secara rasminya cawangan ini dikenali sebagai MKM Wilayah Utara. Bangunan empat tingkat milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad telah dijadikan penempatan pejabat, bilik kuliah dan makmal komputer bagi program-program yang bakal dianjurkan. MKM Wilayah Utara ini menjalankan kursus-kursus jangka pendek bagi zon utara merangkumi beberapa buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak Utara. Dengan kekuatan tenaga kerja seramai 5 orang yang terdiri daripada Pengarah Wilayah, dua orang Pegawai Latihan, seorang Penolong Pegawai Tadbir serta seorang Pembantu Tadbir, MKM Wilayah Utara tekad untuk membawa kecemerlangan dalam program latihan kepada koperator-koperator di kawasan operasinya. Sepanjang tahun 2010, sebanyak 35 buah kursus telah dirancang untuk dilaksanakan yang merangkumi kursus dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Konsultasi Koperasi, Perakaunan dan Kewangan serta Pentadbiran Perundangan dan Kepimpinan Koperasi. MKM Wilayah Utara komited kepada kecemerlangan latihan dan pendidikan koperasi bagi melahirkan warga koperasi yang berilmu pengetahuan dalam menjana kecemerlangan koperasi. MKM Cawangan Utara boleh dihubungi di alamat berikut:- MKM Cawangan Utara No. 1515, Wisma KGMKB, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman. (berhadapan Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar) E-mail: mkmwutara@mkm.edu.my No. Telefon: 04-7337527 No. Faks: 04-7337532 |