Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Timur

Bullet Pengenalan Bullet Carta Organisasi

 

Pengenalan

 

Penubuhan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Timur seiring dengan fokus MKM iaitu “Menerajui Kecemerlangan Dalam Latihan Dan Pendidikan Koperasi” dan memastikan pembangunan modal insan dalam gerakan koperasi menerusi latihan, pendidikan dan perkhidmatan dapat dimanafaat oleh gerakan koperasi sama ada di pendalaman atau di bandar bagi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan sebahagian Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan Pahang.

MKM Cawangan Timur dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 12 Julai 2009 . Pejabat MKM Cawangan Timur mula beroperasi pada 09 Ogos 2009 di ruang pejabat yang disewa di alamat No 13, Tingkat Atas, Jalan Kerayong 4, 28200, Bandar Bera, Pahang dan ditadbir oleh lima orang kakitangan terdiri dari Pengarah Wilayah, Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir. Pejabat ini mempunyai hanya sebuah bilik kuliah/makmal komputer. Oleh itu, bagi perancangan masa hadapan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati keperluan MKM, koperator/pelanggan, MKM Cawangan Timur telah memohon untuk mendapatkan tanah kerajaan seluas 30 ekar untuk projek pembinaan Kampus Cawangan Timur di Mukim Triang (Belengu) dan lawatan tapak dilakukan pada 23 November 2009.

Walaupun MKM merupakan sebuah organisasi baru di Cawangan Timur, MKM Cawangan Timur mulai dikenali dan mendapat tempat di hati koperator setempat. Sehingga kini, MKM Cawangan Timur berjaya mengadakan pelbagai jenis kursus pendek, bengkel, bicara tengah hari dan bicara eksekutif. Program-program berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan koperator. Justeru, MKM Cawangan Timur terus giat merangka beberapa strategi bagi menggalakkan anggota koperasi menghadiri kursus di MKM Cawangan Timur di mana koperator yang menghadiri kursus di MKM Cawangan Timur juga akan berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar (pemadanan perniagaan) ke atas industri kecil yang dimiliki oleh koperasi / anggota koperasi / usahawan setempat dan menikmati keindahan Tasik Bera yang kaya dengan dengan biodiversity dan merupakan takungan air tawar terbesar di Malaysia.

 

PANDUAN KE MKM WILAYAH TIMUR

Hanya terdapat jalan darat sahaja yang menghubungkan MKM dengan lain-lain tempat. Peserta dari Kuala Lumpur perlu melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur dan akan keluar melalui Persimpangan Bertingkat Temerloh (exit Temerloh). Manakala peserta dari arah Kuantan (termasuk Terengganu dan Kelantan) yang melalui Lebuhraya Pantai Timur akan keluar melalui Persimpangan Bertingkat Temerloh juga. Jarak Bandar Bera dari Temerloh dan juga Bahau sejauh 30 kilometer dan mereka boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Bandar Bera sekiranya tidak mempunyai kenderaan sendiri. Sekiranya peserta menaiki keretapi dari Gemas pula, mereka perlu turun di Stesen Keretapi Triang dan kemudian menaiki teksi atau bas untuk ke Bandar Bera sejauh lima kilometer.

 

PENGANGKUTAN AWAM

Bagi tujuan ke MKM Cawangan Timur, perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat adalah seperti berikut:

Perkhidmatan bas henti-henti bagi destinasi seperti berikut:

Syarikat Bas

Cityliner

Cityliner

Cityliner

Cityliner

Destinasi

Temerloh ke Triang

Temerloh ke Mayam / Kumai / Bera

Triang ke Temerloh

Mayam / Kumai / Bera ke Temerloh

Masa Operasi

06.45 am
08.30 am
09.30 am
11.00 am

09.30 am
09.45 am
11.30 am

07.30 am
08.00 am
09.00 am
09.30 am
12.00 pm

07.30 am
08.30 am
09.30 am
10.30 am
11.30 am
12.30 pm

01.30 pm
03.30 pm
05.00 pm
05.30 pm

1.30 pm
1.45 pm
4.30 pm
5.30 pm
5.45 pm

02.30 pm
04.30 pm
06.00 pm
06.30 pm

01.30 pm
02.30 pm
03.30 pm
04.30 pm

Kadar Tambang

RM 3.60

RM 3.60

RM 3.60

RM 3.60

 

Muka: 1  2  

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 2007
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Januari 2012