Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi (ANTARABANGSA) | Pengenalan Senarai Program
|
Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi (ANTARABANGSA) bertanggungjawab mengendalikan program peringkat antarabangsa seperti jalinan kerjasama dan sangkutan, di samping program jangka panjang MKM seperti Diploma Pengurusan Koperasi dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi (BBA MKM-UUM).
Pusat ini banyak mengendalikan urusan antarabangsa dan bertindak selaku Sekretariat bagi program sangkutan/ICA untuk menghantar pegawai–pegawai ke luar negara, selain menjadi Sekretariat bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) atau lebih dikenali sebagai MTCP. Selain itu Antarabangsa juga menguruskan lawatan delegasi antarabangsa ke MKM.
Matlamat utama Pusat Antarabangsa melaksanakan Program Diploma Pengurusan Koperasi dan BBA MKM-UUM adalah untuk melahirkan seberapa ramai graduan diploma dan ijazah yang berkualiti bagi membolehkan lebih banyak koperasi mempunyai tenaga pengurusan yang terlatih, cekap dan berkaliber.