Pengenalan
Pusat Perakaunan dan Kewangan (ACTIF) memainkan dwi-peranan dalam merealisasikan matlamat kecemerlangan pendidikan menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan menambah-nilai kualiti latihan yang disediakan. Kursus-kursus di Pusat ini direkabentuk untuk mengasah kemahiran Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi, Kakitangan Kewangan, Anggota-anggota Koperasi dan individu-individu yang berminat.
Maklumat perakaunan sangat sinonim sebagai bahasa pemiagaan manakala pengurusan kewangan yang telus dan sistematik pula dapat menjamin kemantapan pengurusan sesebuah pemiagaan. Sebagai faktor 'check and balance', pengauditan dijalankan untuk memastikan keberkesanan sistem yang diamalkan dan menyediakan laporan serta cadangan tindakan penambahbaikan. Oleh itu, pengaruh 'multiplying effect' dalam latihan akan melahirkan pembangunan sumber manusia yang lebih efektif dan produktif daripada aspek Perakaunan, kewangan serta pengauditan.
ACTIF juga telah mengambil inisiatif untuk memfokus projek latihan yang dirancang secara 3 serangkai iaitu ilmu perakaunan, ilmu kewangan dan ilmu pengauditan. Bagi menjayakan hasrat murni ini, program telah disusun kemas bagi memenuhi keperluan latihan dari masa ke semasa.
Dalam merangka kursus-kursus yang bermanfaat, ACTIF sentiasa bersikap proaktif dan terbuka terhadap isu dan perkembangan semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya agar seiring dengan era globalisasi.